di tengah malam yang sunyi..
aku baring sendirian memikirkan tentang masa hadapan ku..
sudah 25 tahun aku hidup, tapi tiada apa yang aku kecapi..
aku masih belajar.. tidak bekerja..tiada wang yang boleh di buat belanja seperti orang lain..
tiada wang untuk dihulurkan kepada ibu bapa ku..
malah aku yang masih meminta wang untuk menanggung pembelanjaan aku sewaktu berada di shah alam. seboleh nya aku mau mencari wang sendiri, tapi apakan daya. aku cuma seorang perempuan yang masih belajar dan tidak bekerja lagi,
saat ini sepatutnya aku sudah bekerja..mengumpul wang untuk masa akan datang..
sepatutnya saat ini aku sudah mempunyai roommate aku sendiri iaitu suami
sepatutnya saat ini aku sudah mempunyai anak seperti kawan-kawan ku yang lain..
sepatutnya aku sudah berjaya membuka nursery aku sendiri..
tapi apakah yang aku impikan dan yang aku inginkan ini akan termakbul?
hmmmp..
ya allah permudahkan lah apa yang aku impikan ini.
dan impian terbesar aku adalah jika aku mempunyai wang, akan ku hantar ibu bapa ku ke tanah suci. amin
doa aku adalah semoga aku di panjangkan usia agar aku dapat makbulkan semua impian aku.
sihat tubuh badan ku agar mudah aku melakukan tugas2 ku..
cukup makan dan pakai ku agar aku berasa sentiasa selesa..
gembirakan hati ku agar tenang aku melakukan semua tugasan ku..
dan kuatkan ingatan ku kepada mu YA ALLAH, agar aku tidak lalai dan jauh terpesong dari jalan mu.