Sunday, June 13, 2010

desaru

aku baru balik dari desaru semalam..fuhhhh sangat letih.tapi agak menyeronokkan walaupun sebenar nye tak berape best sangat pun!!!
aku gerak dari shah alam khamis tengah hari, mama jemput aku di shah alam..so singgah makan sebentar sebelum memulekan perjalanan.. tapi aku pergi dalam keadaan yang sangat kecewa.. nak tau sebab apa? sebabnya aku tak pegi sign perjanjian ptptn untuk tukar account dari bank mualamat ke bank islam. sepatutnya aku nye nama ada dalam list hari jumaat, tapi pihak kolej  bagi aku buat hari khamis. planning gerak desaru pagi... tapi di sebabkan masalah tertentu, tergendala ke tengah hari. tapi malang nye aku masih tak sempat untuk settle kan hal ptptn.. mati aku..memang lambat la dapat loan macam ni!! so nak taknak next week aku kena settle kan sendiri, pegi ptptn sendiri la kut..entah boleh entah tidak. tawakal je laaa... =((
so perjalanan ke desaru mengalahkan perjalanan ke kelantan sebabnye konvoi ramai-ramai. then bawak orang tua plak kan.. nenek n atuk aku.. warga emas.. so banyak la behenti.. singgah sana cini.. makan... melabur...
hmmmp agak stress gak la..gerak tengah hari sampai sane kul 11 malam!! gile tak gile gak la kan.. naik kematu bontot aku nih.sabar..sabar.. sampai aje LOTUS DESARU, masuk bilik dan terus boooooommm..tido~~ zzzZzZzzz
next morning bangun awal, mandi... grrrgghhhh sejuk.. terus pegi bekfas..lapaaaa gile kut!
then mula la aktiviti kami sekeluarga.. dorang sume swimming..tapi aku tidak.. sebabnya aku takde suit yang sesuai untuk masuk dalam pool tu, so untuk menghilangkan bosan melihat mereka yang asyik berenang ke hulu dan ke hilir, aku mengofferkan diri sebagai camera women.. snap sana..snap sini.. heheheh..
makcik aku,acu baru beli DSLR canon baru.. perghhh geram2..so sendiri nye takde..pinjam orang punye je la kan.pix yang aku snap aku dimasuk kan kemudian sebab pix takde ngan aku.
then main di pantai, bola tampar.. best2.. atuk aku pun join.. gile sporting walaupun dah tua..main bola sepak..menari ramai2, termasuk la nenek aku.. hahahahaha...layan!!! harini first time aku main pool, hahaha..itu pun adik aku ajar.hehehhe..sepbek bola masuk dalam lubang gak.. walaupun tangan aku masih keras, tak reti nak bengkok2 jari aku nih..pengalaman baru dalam hidup aku~ sampai la maghrib.. keletihan.. balik ke bilik masing2. mandi..rehat.. then aku dan adik beradik aku, pakcik aku dan cousin aku melayan opening world cup..agak seronok..bukan cam nak tengok bola..tapi macam masuk club pun ade.. layanan dorang lain dari yang lain..sesampai je dihilangkan welcoming drink..agak cuak aku sebab fikirkan arcohol, takkan aku nak minum pulak kan..selepas dipasti kan oleh pakcik dan adik2 aku..baru aku minum..hahahahha
bengong tul aku~~ so mula la sesi melayan bola..aku ni manusia yang tak minat bola, tapi cuba jugak.. tapi boleh aku mengantuk dan terkebil2 dalam ramai2 orang yang dok menjerit dan bersorak..aduhhh..makin lame, makin kecik kelopak mate aku nih.. tak leh jadi ni..aku kena kuar dari sini sebelum aku tertido terus dalam ni..aku pun ajak adik kuar.. turun2 aje dari tempat tu, tengok mama, sedare mare sume berada di rhu bar.. perut pun lapaaa... kena join ni.. makan time!!!
so kami satu keturunan pun merehatkan diri di tepi pantai di waktu malam..wahhh sungguh syahdu! borak2.. sampai lewat malam.then balik ke bilik dan tidoo ZzZZzzzZzZZz.
esok pagi seperti biasa..bangun, mandi dan breakfast..dan mereka masih pergi swimming.. aku xle masuk pool..sedih.. tapi aku memang tak berapa minat pool pun.aku nak mandi laut..tapi sume orang tak bagi. alaaaa..sedih =(( so aku hanya snap2 apa yang ada disekeliling aku..sangat seronok.
sementara mereka di pool,aku pergi ke pandai, merehatkan diri sebelum pulang ke shah alam untuk meneruskan perjuangan aku yang masih belum selesai. setelah puas, balik ke bilik, packing2 dan sedia untuk pulang...
tapi sebelum sampai ke kuala lumpur.. kami singgah joran gp di desaru,tapi takde pape yang menarik, kemudian ke rainforest kota tinggi waterfall..hmmmp..kecewa sangat..mahal.sorang rm7.50. tapi tidak berbaloi. kami buat ingin mandi..tapi hanya untuk melihat permandangan.. anjing banyak..tempat kotor.. makanan mahal. india je ramai..busuk.. tak berbaloi. lagi seronok sungai dan waterfall kat selangor nih. bazir duit rm70 lebih2 kt citu tanpa dapat pape.. duit tu aku leh pegi bayar bil hp aku ke.. bayar p1 aku tuk 2 bulan.. tak pun boleh bayar sewa umah..
hmmmp.. tapi itu hajat nenek aku kan. so kami ikut kan je laa walaupun terpakse membazirkan duit. 
perut mule berkeroncong..meminta makan. tidak banyak kedai makan di johor.. agak tidak seronok ke sana..
so kami terpaksa masuk ke tesco kulai untuk mencari makan..ayam penyet menjadi pilihan kami..brruuuurbbb kenyang..alhamdulillah. selesai semua itu,kami  meneruskan perjalanan ke kuala lumpur.. wuhuuu.. sampai kl dalam masa 4 jam sahaja..alhamdulillah..

kat sini la aku stay

time to sleep
(jangan tengok jerawat)

mama & jaja~ breakfast =)

me & wan =)
gile selekei aku nih.. hmmmp

pix yang aku snap dari dslr akan ku upload nanti, ni pix dari camera hp je..tu buwuk n sikit je..

Wednesday, June 9, 2010

merehatkan minda

haluuuu...sekarang takde mood nak update pape.!! kejap lagi aku akan bercuti ke desaru...wuhuuuuuuuu. best best best. sekarang mau siap2,packing2. tata.. jumpe next week =))

Friday, June 4, 2010

» Tazkirah Jumaat : Allah amat sayangkan makcik...

aku tersentuh bila membaca nya.. =))
di copy dari millatfacebook oleh http://ibnumustafa.blogspot.com/2010/06/tazkirah-jumaat-allah-amat-sayangkan.html

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang..

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam..

-ibnumustafa- 

/

Thursday, June 3, 2010

syukur ya allah

assalamualaikum.. harini aku happy sikit, better dari semalam sebabnya harini aku tak duduk rumah aje.. nora datang rumah secara mengejut lepas aku mandi..hah tu pun sepbek aku sempat mandi. pompuan ni dah tak pandai call sebelum datang agaknye. so dalam keadaan yang sangat kelam kabut aku pun siap terus kuar rumah.. so bermula perjalanan kami yang takde arah. then baru decide nak pegi wangsawalk..
tempat yang ingin dituju adalah karaoke..hahahhaha.. aku ni tak biase menyanyi..suare tak sedapkan! tapi disebabkan bukan ade orang lain dengar pun, so aku pun hentam aje la.sepbek boleh tarik... wuhhuhuhuu..tapi agak perit gak la tekak aku!! mengalahkan amy search! haahhahah.. before dat kami berdua makan dulu di wangsa walk, sementara tunggu zaim sampai. aku makan butter chicken wit rice.. hmmp same je cam butter prawn and chocolate shake. lupe nak snap pix..hishhh
ni kawan aku yang sangat berbaik hati belanje aku makan, karaoke,baju, kasut dan stokin baru =))
rezeki tu beb.. aku doakan keje elok2, rezeki melimpah ruah. aku tau macam mane kau susah dulu, turun dan naik bus aje!
muke aku yang pucat, tapi still nk posing

semangat menyanyi tuh =))

konon sweet sweet aje kan

si cantik manis

takde keje =p

kami

sakit tekak

kasut n stokin yang dibelanje oleh nora
thnx!!

ps~ lepas ni aku kena semangat sket excersise..mau kurus kan!!!

Wednesday, June 2, 2010

tag

thnx to darla sbb tag aku =)


Adakah anda rse anda hOt?
tak langsung kut.. siape la aku ni!!


Ble kali terkhir sy mkn pizza?
hmmmp tak ingat la.rasenye dah lame kut..
 tapi sekarang ni ade trase nak makan..
camne tuh??

Lgu terakhir yg sy dgr?
taio~ break

Ape yg anda wat slaen menyelesaikn tag ni?
usha picture dslr nikon 

slaen nme sndri, anda dipnggil nme ap?
kak belle,bb, bella, nana


tag ag org.
malasnya tag je lah

*fairuz
*nawa
*kina
*darla
*bubu
*khai
*juju
*kiki


Siapakah org nO 1 kpd anda.
bakal roommate aku selama nya. insyaALLAH

Katakn sesuatu mengenai org nO 5.
dia ni bulat,sepet dan baik hati
nO 3 ad hbungan ngn spe?
ngan bf dia la..lupe name dia

bgaimne pula ngn nO 4.
dia ni kuat makan, dan dia yang tag aku nih

Pesanan buat org nO 6.
ko kena kuat makan,kurus sangat


Kta2 cinta utk org nO 2.
kau milik dia

Adkah nO 7 & 8 mempunyai persmaan?
ade.. 2 2 bulat dan comel

Berikan 5 yg anda tau ttg org yg men-tag anda.
* suke fesyen
* milik distiro
* kuat makan
* garang
* selalu ajak aku makan,tu pasal aku makin gemuk


Perasaan anda wat tag ni.
hmmp..ni first time.biase je kut!!

geram

hi.. sekarang ni aku tengah geram sangat..bosan kat rumah, sensorang tanpa ade sesape di rumah.adik-berdik aku keluar mencari rezeki yang halal sementara aku duduk di rumah membesarkan badan. nak buat macam mane, aku study lagi kan.sekarang ni cuti. so relax dekat rumah je laa.
hmmp minat aku kepada NIKON makin membuak buak. hishhh geram. nak beli, tak mampu lagi.. mahal gile kut.. dengan lense nye lagi..so tengok picture je pun jadi laa.. haiiii bile la aku dapat idaman hati ni..nak jugak merasa pegang.feel dia.huishhh..best tu!! start hari ni aku kena kumpul duit untuk beli idaman hati. doakan aku berjaya dapat  kumpul duit n idaman hati aku ni eak.. kawin tu belakang cite!! sekarang ni aku kena pikir minat aku dan ape yang aku idam kan. 

NIKON D5000



NIKON D3000

weyhhh birthday aku bulan 7 ni... takde sape nak present kan kat aku ke? muahahaahahha =))

millat? apa tu...

hello..aku masuk kan entry baru lagi..agak lege lepas menangis dan sedih tadi..nasib baik aku ade seorang kawan yang memahami aku, yang mampu menenangkan aku.. thnx darla. i love u.
sekarang aku nak bercerita pasal millatfacebook..hmmp seakan akan facebook bukan.!! tapi ini laman sosial islam. agak baru dan janggal.. tapi untuk menunjukkan aku juga support islam , aku akan sebarkan laman sosial millat ni. aku kan delete account facebook aku. mungkin bagi sesetengah orang semua ni hanya angan taik ayam je kan..tapi tak mustahil millatfacebook jugak akan berjaya kalau kite sebagai umat islam support...

http://www.millatfacebook.com/belle_nausheen/

sape dah bukak account millatfacebook, jangan sombong2..add la ye =))

kenapa aku?

aku berada dalam keadaan yang sangat stress..rasa macam nak menangis!! nak lepak takde geng, kawan-kawan jauh di shah alam.nak balik sana takde transport.aku memerlukan mereka sekarang..walaupun mereka jugak la kawan aku yang salu aku bergaduh, merajuk, kecik hati.. juju,monk... i need u!
kenapa aku stress? biase la.bercinta kan..tapi aku taktau apa salah aku lagi kali ini. dah cukup banyak aku bersabar dengan kerenah dia.ego dia yang tinggi menggunung.aku cube pertahankan hubungan kami walaupun aku taktau sampai bile hubungan ni akan kekal. aku tau dia bekerja siang malam, tapi salah ke aku call dia? aku bukan ajak berborak.aku call tak sampai seminit pun, harini baru dua kali aku call dia itu pun malam aku call.last last dia sound aku," setiap jam kena call ke? " hmmp..aku ade perasaan jugak.kalau iye pun aku menganggu dia.tak perlu rasa nya guna kan ayat tu. bagi aku,aku call dia hanya untuk dengar suara dia walaupun kejap.atleast aku tau keadaan dia. entah la..kenapa aku sungguh malang. ape yang aku buat sume nye salah di mata dia. bodoh ke aku sebab terus sayang kan dia? next week 15 mei 2010 anniversary aku 3 tahun. bagi dia sume ni tak bermakna..aku tak penah celebrate macam orang lain..dapat bunge, hadiah, wish-wish yang sedap di dengar dek telinge aku ni..tapi tu sume aku tak kesah sebab aku kena faham dia kan.. ikut rentak dia..tapi kenapa masih salah aku..cukup banyak aku ikut rentak dia..mungkin kekadang kata aku ade jugak menyakitkan hati dia..tapi ade dia penah kesah dengan kata-kata dia terhadap aku?
sebab dia aku sakit dan masuk hospital, sebab dia aku buat segalanya..sebab dia aku berubah,tapi kearah kebaikan la..sebabnya aku terlalu sayangkan dia.
sebab ikut rentak dia aku tak mintak macam pompuan lain.. aku tak mintak dia bawak aku shopping, belikan baju, bawak kan handbeg time aku ngah pilih-pilih baju. peluk dan cium aku di khalayak ramai macam remaje2 sekarang.. jalan pegang tangan aku..belikan aku hadiah tuk tiap kali birthday, anniversary or pape je la..aku juz mintak dia faham aku dan jumpe aku sekali seminggu kalau dia free.. itu sahaja..!! susah sangat ke?
ape tindakan yang aku buat sekarang ni salah?
aku tak mintak pun dia minang aku, kawin ngan aku cepat-cepat macam kawan-kawan aku yang lain..walaupun sume kawan kawan aku sebok bertanya bile aku nak kawin dan buat anak berderet deret macam dorang.jawapan aku senang..jodoh aku takde lagi dan kalau ade rezeki inyaALLAH nanti..
sekarang ni dia tengah marah aku, rase nye tak perlu lagi aku call n msg dia. sebab aku ni bukan penting bagi dia. kalau dia dah reda dan masih perlukan aku. carik la aku.. aku dah penat sebenarnye nak jaga hari orang lain je sebab aku sendiri yang terluke.


abie~ i nak u tau yang i sentiase sayang u!


time sedih sedih ni tangan tersearch lak ayat sweet-sweet tuk boyfriend aku:~


My love for you is like getting a diarrhea, I just can't hold it in.
If my love is a question, I'm sure u are the answer
I love you a little bit more when you call me honey
I love you a little bit more when you hold my hand
I love you a little bit more when you hug me.
I love you a little bit more. Every day.

If I never met you, I wouldn't like you.

If I didn't like you I wouldn't love you.
If I didn't love you I wouldn't miss you.
But I did, I do and I always will

If loving you is wrong, then I don't want to be right!
If loving you is a crime. I'd like to be jailed for my whole life, in your heart.
I love you. Like a fat kid loves cakes.

If you have 1000 years of age, I just want to have 999 years and 364 days, so I never have to live a day without you
I Love thee, I love but thee. With a love that shall not die. Till the sun grows cold, and the stars grow old.
~William Shakespeare
The sun wouldn't be Red, the sea wouldn't be blue, the stars wouldn't be bright, I wouldn't be happy without you.

When I don't message you.
Doesn't mean.
I forgot about you.
I was just giving you time.
To miss me.
My love for you is a journey. Starting at forever and ending at never.
My love is as boundless as the sea,
My love as deep.
The more I give to thee, the more I have. For both are infinite.
~ William Shakespare
Days without you
Without you my days are "Sadday,"Moanday, "Tearsday, "Wasteday, "Thirstday, "Fightday", and "Shatterday"
How Rich I Am
I opened my wallet and I find it empty, reached into my pocket and found a few coins, searched my heart and I found you!
Then I realized how rich I am.
Time to Time
365Days dreaming of you.
8760Hr thinking of you.
525600Mins missing you.
315360000Milisec just wanted to tell you how much you mean to me.
Fell from Heaven
Dear, did it hurt when you fell from Heaven? I think, I need to call God because He have lost His most beautiful Angel.
Behind you
Behind your smile, I know there are sorrows.
Behind your laughters, I know there are tears.
But I want you to know that, behind you is me who always care for you.
Only one you
There are 12 Months in a year.
4 weeks in a month.
7 days in a week.
24 Hrs in a day.
But there's only one you in a life time.
The sweetest
Sweet-Cotton candy? Nope!
Chocolate syrup? Nah!
Let me see.. How about sugar? Of course not!
There is nothing as sweet as you