Wednesday, August 4, 2010

pengalaman di sekolah rendah TUDM

hi..hi..hi..
rasenye da lame aku tak mengupdate blog aku ni..
takde idea dan cerita baru yang menarik untuk dikongsikan.
so hari ni ade cite baru.. tu yang nak dikongsikan..
harini 5 ogos 2010 aku sangat bersemangat bangun awal-awal pagi..
mandi...urghh mengigil kesejukan!
siap2,make up2 sket..bagi nampak lagi semangat.. hehehhhehe =)
harini aku ke sekolah rendah TUDM. jumpa budak2 prasekolah..
kami berempat iaitu belle,juju,monk and wanie ditugaskan untuk melakukan latihan practicum bersama kanak-kanak, kami ditugaskan untuk memilih 10 kanak-kanak iaitu 5 yang pintar dan 5 yang lemah, dan melakukan pernilaian terhadap mereka. 
hmmp...pada awalnya sangkaan aku merasakan yang aku takkan mampu menghadapi hari ini..takut..berdebar-debar..cuak..
haiii..macam mane la kerenah kanak-kanak ni kan.
tapi sangkaan aku salah sama sekali..mereka kanak-kanak yang ramah, bijak.
salah seorang kanak-kanak dalam penilaian aku adalah kanak-kanak yang menghadapi autisme..mohd khalid idham...jadi mesti diberi perhatian yang lebih.
aku mesti belajar dan kenal kanak-kanak ini..dia terlalu istimewa buat aku. aku tertarik dan jatuh cinta dengan dia walaupun dia mempunyai banyak kekurangan. dia nakal, tapi disebaliknya itu..idham adalah kanak-kanak bijak.
kami diberi peluang untuk melakukan tugas kami di library sekolah, semasa aku dan juju turun ke bawah untuk menjemput mereka, monk dan wanie ditugaskan untuk duduk di library. semasa kami sampai dikelas mereka, itu masa rehat mereka.makan..aku melihat mereka bersemangat membaca doa,makan bersama-sama kawan. hishhh geram sama mereka..tapi aku kesian sama idham..
apa salah dia?? dia di tengking dan dimarah dengan guru kelas nya..  =((
bukan kesalahan besar yang dilakukan,cuma berjalan berseret dan duduk di tepi bakul sampai aje. guru boleh aje tegur dengan cara yang baikkan... mungkin cara tu lebih efektif dan berkesan..hai cikgu..bersabar la dengan kerenah kanak-kanak kerana ini jalan yang anda pilih. idham berdiri dan berpindah tempat tanpa suara dan ketakutan.
maisarah pula makan terlalu lama,jadi kami terpaksa tunggu lagi.
selesai makan dan membaca doa, sekarang tugas aku dan juju untuk bawa mereka ke library.
uhhhh. gembira.. tanpa perhatian sesiapa..kami memulakan aktiviti.
selepas diterangkan arahan..mereka melakukan apa yang disuruh tanpa melengahkan masa

aktiviti 1~ melukis pokok bunga
aktiviti 2~ mewarna buah epal
aktiviti 3~ menggunting bentuk segi tiga dan bulat
aktiviti 4~ mengoyakkan kertas
aktiviti 5~ bermain plastersin

kesabaran dan cabaran aku sebagai guru telah aku lihat sewaktu mengajar mereka..
aku selitkan juga aktiviti perkenalkan buah-buahan walaupun tiada dalam aktiviti sebenar kami.
aku lihat idham selesa bersama kami,dia berani bersuara,tidak takut seperti tadi. kerekter dia berubah sama sekali.. aku gembira.dia menyuara kan pendapat..bergurau senda walaupun dia tidak dapat melakukan sebaik mungkin.
mungkin dia takut dengan guru kelasnya, garang macam singa.
aku bantu idham, dan maisarah kerana motor halus mereka terlalu lemah..
aku juga menghadapi fakhrul yang nakal, lukman rongak yang bijak dan ingin menjadi ustaz.. terlalu banyak doa yang dibacanya dan diikuti teman2 yang lain..
hai..bijak sungguh..geram aku!! fatin yang pandai membaca..
akhir sekali kami melakukan aktiviti menyanyi, sungguh bersemangat mereka menyanyi.
jam menunjukkan menghampiri jam 12.. mesti hantar mereka ke kelas semula.masa untuk mereka pulang..
mereka berebut2 untuk salam dengan ku =))
mereka memanggil ku cikgu belle..cikgu belle..cikgu belle..hahahahha..comel3.
 ni pix sebelum memulakan aktiviti

5 comments:

tukangtulisnota said...

oh. cutenya cikgu belle.
xde ke gambo?

BELLE said...

ade sayang oiii..
sabar eak!!

tukangtulisnota said...

haha.
pas ni, kat umah aku pnggil ko cikgu belle.
baru la ko x garang +D

saya syg cikgu belle

BELLE said...

muhahahaahahha
boleh aje!!!

Jovinia vyena said...

hahahaha ..
best2 ..
memang best sgt nak ajar murid2 nie ..
mood mmg happy gila kan ..