Monday, August 30, 2010

merdeka

assalamualaikum...
salam 1 malaysia.
hari ini merupakan hari kemerdekaan buat malaysia tercinta yang ke 53
happy birthday malaysia..happy birthday malaysia..
fuhhhhhh...tiup lilin..hahhahaha
sepatutnya aku kuar ngan fairuzzen..tapi disebabkan di kepenatan dan flat tak berbangun2.so aku duduk dendiam depan laptop.. nak marah tak boleh, sebab bukan salah dia..memang hakikatnya dia penat bekerja kan..
tadi dapat la dengar orang main mercun,bunge api besar tu.
cantik sangat!!!
tengok tingkap , ade gak orang yang mendaki bukit depan umah aku ni.. bukit tabur.
hishhh dorang ni..tak serik2..kang jatuh..sesat.. menyusahkan orang lain mencari korang kat atas tu..tapi aku pun penah naik atas tu.time siang la..
penat memang penat..but sangat best n layan..view pun cantik.. memang puashati.
tapi yang aku tengok tadi mendaki malam..hishhh bahaya.. tapi best nye dorang siap pasang bunge api kat atas tu.. heheehe.. saye mendoakan awak2 kat atas tu selamat turun ye..
semalam saye berbuke dengan mama n adik saye di hotel impiana kuala lumpur..
hmmmp.. boss mama belanje.. so rezeki jangan ditolakkan..
saye makan sikit je..merasa itu dan ini.. tapi yang saye xlepaskan peluang adalah makan aiskrim baskin robin.. bayangkan la..selalu nye beli kat luar.. 1 skop da bape ringgit.. kat hotel impiana, saye n adik saye makan banyak-banyak skop.. hahahah.sangat puas hati..kami kenyang makan aiskrim je..laalallalaaaa. dan ia juga merupakan ulangtahun perkhawinan mama dan babah saya..
happy anniversary mama n babah..

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN ~ day 1

aku masih dalam keadaan yang tidak sihat..tapi dikuatkan semangat dan niat yang betul kerana ALLAH untuk aku menunaikan kewajipan aku sebagai umat islam menunaikan kewajipan berpuasa.
tadi aku bersahur bersama-sama kawan di cafe al ali...
agak ceria.. tapi kecewa kerana makanan tak sampai. terlalu ramai orang...
nasi goreng aku entah ke mane..last2 roti bakar sekeping dan curik2 makanan orang lain sket.. air pun tak dapat!! haiii nasib.. sabar belle..sabar!!
kesian mamak tu gak sebab nak melayan order setiap orang..tah mamak tu sendiri sempat sahur ke tak..heheheheh..
sume orang kat cafe dah buat cafe tu macam kedai abah dia je..sume self service..
nak air, amik je dalam peti tu..nak ayam.. amik je!! kalau nak blah taknak bayar pun boleh.. tapi ingat..allah nampak!!! pandai2 la jawab nanti. =))
semoga aku dapat mengharungi bulan puasa yang mulia ini dengan penuh keberkatan..amin 
tadi sempat text hubby aku..ingatkan dia tak bangun sahur, yela..dia kan jenis liat nak bangun sahur ni..tapi sangkaan aku salah..dia bangun dan bersahur..yeyyy..im so happy!!
selamat berpuasa sayang..bb love u so much.mmwahhx =)

Monday, August 9, 2010

demam =((

jumaat 6 ogos 2010
aku ke sekolah rendah TUDM SUBANG lagi..
menjalankan aktiviti motor kasar bersama 10 kanak-kanak bertuah yang comel.
hmmp..macam-macam kerenah aku tengok..belum suruh buat aktiviti da nangis..
enjoy.tapi aku agar kurang sehat sket..batuk..selsema..tangki hidung da pecah!
abes je buat aktiviti,balik umah..tdo. bangun je badan da lemah2.. trus aku balik kl.
pegi klinik..rehat dirumah aje..
malam minggu jumpe abie.rindu sangat..bagi choc kek kegemaran dia. tido dalam keta,kul 9 pg baru balik umah.hmmp.. badan still xsehat..adoiiii..sakitnye!! =((

Wednesday, August 4, 2010

pengalaman di sekolah rendah TUDM

hi..hi..hi..
rasenye da lame aku tak mengupdate blog aku ni..
takde idea dan cerita baru yang menarik untuk dikongsikan.
so hari ni ade cite baru.. tu yang nak dikongsikan..
harini 5 ogos 2010 aku sangat bersemangat bangun awal-awal pagi..
mandi...urghh mengigil kesejukan!
siap2,make up2 sket..bagi nampak lagi semangat.. hehehhhehe =)
harini aku ke sekolah rendah TUDM. jumpa budak2 prasekolah..
kami berempat iaitu belle,juju,monk and wanie ditugaskan untuk melakukan latihan practicum bersama kanak-kanak, kami ditugaskan untuk memilih 10 kanak-kanak iaitu 5 yang pintar dan 5 yang lemah, dan melakukan pernilaian terhadap mereka. 
hmmp...pada awalnya sangkaan aku merasakan yang aku takkan mampu menghadapi hari ini..takut..berdebar-debar..cuak..
haiii..macam mane la kerenah kanak-kanak ni kan.
tapi sangkaan aku salah sama sekali..mereka kanak-kanak yang ramah, bijak.
salah seorang kanak-kanak dalam penilaian aku adalah kanak-kanak yang menghadapi autisme..mohd khalid idham...jadi mesti diberi perhatian yang lebih.
aku mesti belajar dan kenal kanak-kanak ini..dia terlalu istimewa buat aku. aku tertarik dan jatuh cinta dengan dia walaupun dia mempunyai banyak kekurangan. dia nakal, tapi disebaliknya itu..idham adalah kanak-kanak bijak.
kami diberi peluang untuk melakukan tugas kami di library sekolah, semasa aku dan juju turun ke bawah untuk menjemput mereka, monk dan wanie ditugaskan untuk duduk di library. semasa kami sampai dikelas mereka, itu masa rehat mereka.makan..aku melihat mereka bersemangat membaca doa,makan bersama-sama kawan. hishhh geram sama mereka..tapi aku kesian sama idham..
apa salah dia?? dia di tengking dan dimarah dengan guru kelas nya..  =((
bukan kesalahan besar yang dilakukan,cuma berjalan berseret dan duduk di tepi bakul sampai aje. guru boleh aje tegur dengan cara yang baikkan... mungkin cara tu lebih efektif dan berkesan..hai cikgu..bersabar la dengan kerenah kanak-kanak kerana ini jalan yang anda pilih. idham berdiri dan berpindah tempat tanpa suara dan ketakutan.
maisarah pula makan terlalu lama,jadi kami terpaksa tunggu lagi.
selesai makan dan membaca doa, sekarang tugas aku dan juju untuk bawa mereka ke library.
uhhhh. gembira.. tanpa perhatian sesiapa..kami memulakan aktiviti.
selepas diterangkan arahan..mereka melakukan apa yang disuruh tanpa melengahkan masa

aktiviti 1~ melukis pokok bunga
aktiviti 2~ mewarna buah epal
aktiviti 3~ menggunting bentuk segi tiga dan bulat
aktiviti 4~ mengoyakkan kertas
aktiviti 5~ bermain plastersin

kesabaran dan cabaran aku sebagai guru telah aku lihat sewaktu mengajar mereka..
aku selitkan juga aktiviti perkenalkan buah-buahan walaupun tiada dalam aktiviti sebenar kami.
aku lihat idham selesa bersama kami,dia berani bersuara,tidak takut seperti tadi. kerekter dia berubah sama sekali.. aku gembira.dia menyuara kan pendapat..bergurau senda walaupun dia tidak dapat melakukan sebaik mungkin.
mungkin dia takut dengan guru kelasnya, garang macam singa.
aku bantu idham, dan maisarah kerana motor halus mereka terlalu lemah..
aku juga menghadapi fakhrul yang nakal, lukman rongak yang bijak dan ingin menjadi ustaz.. terlalu banyak doa yang dibacanya dan diikuti teman2 yang lain..
hai..bijak sungguh..geram aku!! fatin yang pandai membaca..
akhir sekali kami melakukan aktiviti menyanyi, sungguh bersemangat mereka menyanyi.
jam menunjukkan menghampiri jam 12.. mesti hantar mereka ke kelas semula.masa untuk mereka pulang..
mereka berebut2 untuk salam dengan ku =))
mereka memanggil ku cikgu belle..cikgu belle..cikgu belle..hahahahha..comel3.
 ni pix sebelum memulakan aktiviti