assalamualaikum..
saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja, semoga hari akan datang akan dilimpahi rahmat..
malam raya ~ masak di rumah wan (nenek) beramai2
pagi raya ~ makeup..salam raya..kubur arwah atuk..rumah nenek wangsa maju..rumah nenek petaling jaya..ramai orang datang.penat melayan tetamu yang tak putus2 mengunjung rumah nenek.. jadi bibik sepenuh masa.
raya kedua ~ bangun lambat..penat..makan.. then masak untuk tetamu datang lagi..melepak..online..
semakin hari..semakin besar.,duit raya makin berkurangan..mood unhappy..teringin jadi kecik balik
impian raya dslr...=)
Saturday, September 11, 2010
Tuesday, September 7, 2010
syawal
8sept 2010
assalamualaikum..
lagi 2 hari bulan syawal akan menjelang tiba..
orang sudah mula pulang ke kampung masing2..
tapi tidak aku...aku takde kampung..aku anak jati kuala lumpur!!
so aku beraya di wangsa maju n petaling jaya je.. umah nenek aku ke dua dua belah.. fair n square!
tahun ni agak tak menggembirakan aku untuk menyambut raya sebab aku akan exam seminggu lepas raya..
so camne la nak raye dengan happy nya.. adoiiii..
aku tak beli pun baju kurung, kasut raya, just beli kemeja n shirt sket.. untuk buat ke kelas nanti..
so pakai je la baju kurung ape yang ade!! lagipun raya sehari je, buat ape nak bazir2 kan duit..simpan buat kawin lagi elok..
serius aku takde rase suasana raya langsung, cuma aku bantu mama buat kuih ape yang aku mampu aje..
choc chip, kuih mazola n cornflakes.
so disini saya ingin mengucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin kepada sesiapa sahaja!! kalau ada salah silap, tersasul, termerepek, terambil makanan or duit, tercuit, termerapu lebih2 harap dimaafkan..
Monday, August 30, 2010
merdeka
assalamualaikum...
salam 1 malaysia.
hari ini merupakan hari kemerdekaan buat malaysia tercinta yang ke 53
happy birthday malaysia..happy birthday malaysia..
fuhhhhhh...tiup lilin..hahhahaha
sepatutnya aku kuar ngan fairuzzen..tapi disebabkan di kepenatan dan flat tak berbangun2.so aku duduk dendiam depan laptop.. nak marah tak boleh, sebab bukan salah dia..memang hakikatnya dia penat bekerja kan..
tadi dapat la dengar orang main mercun,bunge api besar tu.
cantik sangat!!!
tengok tingkap , ade gak orang yang mendaki bukit depan umah aku ni.. bukit tabur.
hishhh dorang ni..tak serik2..kang jatuh..sesat.. menyusahkan orang lain mencari korang kat atas tu..tapi aku pun penah naik atas tu.time siang la..
penat memang penat..but sangat best n layan..view pun cantik.. memang puashati.
tapi yang aku tengok tadi mendaki malam..hishhh bahaya.. tapi best nye dorang siap pasang bunge api kat atas tu.. heheehe.. saye mendoakan awak2 kat atas tu selamat turun ye..
semalam saye berbuke dengan mama n adik saye di hotel impiana kuala lumpur..
hmmmp.. boss mama belanje.. so rezeki jangan ditolakkan..
saye makan sikit je..merasa itu dan ini.. tapi yang saye xlepaskan peluang adalah makan aiskrim baskin robin.. bayangkan la..selalu nye beli kat luar.. 1 skop da bape ringgit.. kat hotel impiana, saye n adik saye makan banyak-banyak skop.. hahahah.sangat puas hati..kami kenyang makan aiskrim je..laalallalaaaa. dan ia juga merupakan ulangtahun perkhawinan mama dan babah saya..
happy anniversary mama n babah..
Tuesday, August 10, 2010
RAMADHAN ~ day 1
aku masih dalam keadaan yang tidak sihat..tapi dikuatkan semangat dan niat yang betul kerana ALLAH untuk aku menunaikan kewajipan aku sebagai umat islam menunaikan kewajipan berpuasa.
tadi aku bersahur bersama-sama kawan di cafe al ali...
agak ceria.. tapi kecewa kerana makanan tak sampai. terlalu ramai orang...
nasi goreng aku entah ke mane..last2 roti bakar sekeping dan curik2 makanan orang lain sket.. air pun tak dapat!! haiii nasib.. sabar belle..sabar!!
kesian mamak tu gak sebab nak melayan order setiap orang..tah mamak tu sendiri sempat sahur ke tak..heheheheh..
sume orang kat cafe dah buat cafe tu macam kedai abah dia je..sume self service..
nak air, amik je dalam peti tu..nak ayam.. amik je!! kalau nak blah taknak bayar pun boleh.. tapi ingat..allah nampak!!! pandai2 la jawab nanti. =))
semoga aku dapat mengharungi bulan puasa yang mulia ini dengan penuh keberkatan..amin
tadi sempat text hubby aku..ingatkan dia tak bangun sahur, yela..dia kan jenis liat nak bangun sahur ni..tapi sangkaan aku salah..dia bangun dan bersahur..yeyyy..im so happy!!
selamat berpuasa sayang..bb love u so much.mmwahhx =)
Monday, August 9, 2010
demam =((
jumaat 6 ogos 2010
aku ke sekolah rendah TUDM SUBANG lagi..
menjalankan aktiviti motor kasar bersama 10 kanak-kanak bertuah yang comel.
hmmp..macam-macam kerenah aku tengok..belum suruh buat aktiviti da nangis..
enjoy.tapi aku agar kurang sehat sket..batuk..selsema..tangki hidung da pecah!
abes je buat aktiviti,balik umah..tdo. bangun je badan da lemah2.. trus aku balik kl.
pegi klinik..rehat dirumah aje..
malam minggu jumpe abie.rindu sangat..bagi choc kek kegemaran dia. tido dalam keta,kul 9 pg baru balik umah.hmmp.. badan still xsehat..adoiiii..sakitnye!! =((
Wednesday, August 4, 2010
pengalaman di sekolah rendah TUDM
hi..hi..hi..
rasenye da lame aku tak mengupdate blog aku ni..
takde idea dan cerita baru yang menarik untuk dikongsikan.
so hari ni ade cite baru.. tu yang nak dikongsikan..
harini 5 ogos 2010 aku sangat bersemangat bangun awal-awal pagi..
mandi...urghh mengigil kesejukan!
harini aku ke sekolah rendah TUDM. jumpa budak2 prasekolah..
kami berempat iaitu belle,juju,monk and wanie ditugaskan untuk melakukan latihan practicum bersama kanak-kanak, kami ditugaskan untuk memilih 10 kanak-kanak iaitu 5 yang pintar dan 5 yang lemah, dan melakukan pernilaian terhadap mereka.
hmmp...pada awalnya sangkaan aku merasakan yang aku takkan mampu menghadapi hari ini..takut..berdebar-debar..cuak..
haiii..macam mane la kerenah kanak-kanak ni kan.
tapi sangkaan aku salah sama sekali..mereka kanak-kanak yang ramah, bijak.
salah seorang kanak-kanak dalam penilaian aku adalah kanak-kanak yang menghadapi autisme..mohd khalid idham...jadi mesti diberi perhatian yang lebih.
aku mesti belajar dan kenal kanak-kanak ini..dia terlalu istimewa buat aku. aku tertarik dan jatuh cinta dengan dia walaupun dia mempunyai banyak kekurangan. dia nakal, tapi disebaliknya itu..idham adalah kanak-kanak bijak.
kami diberi peluang untuk melakukan tugas kami di library sekolah, semasa aku dan juju turun ke bawah untuk menjemput mereka, monk dan wanie ditugaskan untuk duduk di library. semasa kami sampai dikelas mereka, itu masa rehat mereka.makan..aku melihat mereka bersemangat membaca doa,makan bersama-sama kawan. hishhh geram sama mereka..tapi aku kesian sama idham..
apa salah dia?? dia di tengking dan dimarah dengan guru kelas nya.. =((
bukan kesalahan besar yang dilakukan,cuma berjalan berseret dan duduk di tepi bakul sampai aje. guru boleh aje tegur dengan cara yang baikkan... mungkin cara tu lebih efektif dan berkesan..hai cikgu..bersabar la dengan kerenah kanak-kanak kerana ini jalan yang anda pilih. idham berdiri dan berpindah tempat tanpa suara dan ketakutan.
maisarah pula makan terlalu lama,jadi kami terpaksa tunggu lagi.
selesai makan dan membaca doa, sekarang tugas aku dan juju untuk bawa mereka ke library.
uhhhh. gembira.. tanpa perhatian sesiapa..kami memulakan aktiviti.
selepas diterangkan arahan..mereka melakukan apa yang disuruh tanpa melengahkan masa
aktiviti 1~ melukis pokok bunga
aktiviti 2~ mewarna buah epal
aktiviti 3~ menggunting bentuk segi tiga dan bulat
aktiviti 4~ mengoyakkan kertas
aktiviti 5~ bermain plastersin
aktiviti 5~ bermain plastersin
kesabaran dan cabaran aku sebagai guru telah aku lihat sewaktu mengajar mereka..
aku selitkan juga aktiviti perkenalkan buah-buahan walaupun tiada dalam aktiviti sebenar kami.
aku lihat idham selesa bersama kami,dia berani bersuara,tidak takut seperti tadi. kerekter dia berubah sama sekali.. aku gembira.dia menyuara kan pendapat..bergurau senda walaupun dia tidak dapat melakukan sebaik mungkin.
mungkin dia takut dengan guru kelasnya, garang macam singa.
aku bantu idham, dan maisarah kerana motor halus mereka terlalu lemah..
aku juga menghadapi fakhrul yang nakal, lukman rongak yang bijak dan ingin menjadi ustaz.. terlalu banyak doa yang dibacanya dan diikuti teman2 yang lain..
hai..bijak sungguh..geram aku!! fatin yang pandai membaca..
akhir sekali kami melakukan aktiviti menyanyi, sungguh bersemangat mereka menyanyi.
jam menunjukkan menghampiri jam 12.. mesti hantar mereka ke kelas semula.masa untuk mereka pulang..
mereka berebut2 untuk salam dengan ku =))
Friday, July 23, 2010
akan merindui kamu
hi!!!!
maaf lambat update...cite ni dah lepas 2 3 minggu gak la.. tapi baru de mase nak update2 ni..
lecturer kesayangan.. yang garang..yang tegas.. yang comel dah behenti mencurahkan ilmu kepada kami semua..kerana dia sambung belajar.. huwaaaa..agak sedih la..!!
sepatutnye dat time yang dia datang nak bagitau last day dia.aku dan runie roommate merangkap rakan sekelas akan membuat presentation.
hmmp..its okay cik nurul ain..kami semua berterima kasih diatas ilmu yang pernah cik curah kan kepada kami, semoga cik berjaya dalam hidup..sama juga dengan kami.. we oll gonna mishhhh u so much


maaf lambat update...cite ni dah lepas 2 3 minggu gak la.. tapi baru de mase nak update2 ni..
lecturer kesayangan.. yang garang..yang tegas.. yang comel dah behenti mencurahkan ilmu kepada kami semua..kerana dia sambung belajar.. huwaaaa..agak sedih la..!!
sepatutnye dat time yang dia datang nak bagitau last day dia.aku dan runie roommate merangkap rakan sekelas akan membuat presentation.
hmmp..its okay cik nurul ain..kami semua berterima kasih diatas ilmu yang pernah cik curah kan kepada kami, semoga cik berjaya dalam hidup..sama juga dengan kami.. we oll gonna mishhhh u so much
kami bersama lecturer kesayangan
cik nurul ain

senyum la sket cik =))

si singa dan si tikus
Subscribe to:
Posts (Atom)